YANNI

Ahad, 26 Januari 2014

Pengenalan
Pengurusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi 3 elemen utama iaitu pengurus , organisasi dan tatacara atau garis panduan pengurusan.
Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai ‘master-mind’ dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga bertindak sebagai pelaksana.
Sebagai ‘master-mind’, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat yang bertindak menterjemah segala visi, misi dan objektif dalam bentuk perlaksanaan yang akan dijalankan mengikut jadual perancangan yang digariskan. Usaha untuk mengarah dan memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus dengan dengan pendekatan yang subjektif berdasarkan gaya kepimpinan dan kemampuan memanipulasikan kebolehan berkomunikasi yang unik dan tersendiri.
Sebagai pelaksana pula, pengurus bertindak membimbing dan pada masa yang sama bergerak seiring bersama subordinat untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.
Sama ada sebagai ‘master-mind’ mahupun pelaksana pengurus harus bertindak berdasarkan tatacara dan garis panduan yang ditetapkan. Garis panduan atau tatacara berkenaan sama ada berasaskan contoh dan garis panduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal dengan persetujuan kolektif antara pengurus dan subordinat.

Pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawabnya mengemudi organisasi di samping menjalankan fungsinya mengetuai subordinatnya. Kuasa diperolehi samada sumber perundangan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan yang digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa diberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang ada pada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan baik dan menghormati ‘the spirit of ethic’ akan menjadikan pengurus dilihat mengemudi organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa

Definasi: Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.
Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali ‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – ‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan 18.
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan’.
Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain’. Free-Content Encyclopedia Wikipedia menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang’.
James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’.
Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.
Sejarah Awal Pengurusan
Secara umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara bangsa.
Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.
Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan awam. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285 undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan pengurusan, perdagangan dan kewangan.
Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir’aun dan pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa.
Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya ‘Law’, bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. (Jaafar, Mohd Hizam & Zafir)
Tokoh-Tokoh Pemikir Dalam Bidang Pengurusan
Tokoh-tokoh awal yang menyumbang idea tentang pengurusan dengan mengutarakan pendapat yang menyatakan bahawa menjadi satu perkara yang umum bagi mana-mana pemimpin pada zaman itu memimpin organisasi mereka secara autokratik. Misalnya Adam Smith dalam bukunya ‘The Wealth of Nation (1776) memberikan sumbangan dan pandangannya terhadap konsep pengurusan ekonomi dan sains politik. Charles Babbage memperkenalkan prinsip pembahagian dan pengkhususan kerja melalui pengeluaran produk melalui jabatan-jabatan yang dikhususkan dengan fungsi tertentu dan mengutarakan idea penubuhan ‘line of production’ dengan penetapan fungsi kerja yang rutin.
Para pengkaji bidang pengurusan pasti biasa dengan seorang tokoh bernama Frederick Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik. Antara karya Frederick Taylor mengenai pengurusan yang terkenal adalah Shop Management (1912), Principles of Scientific Management dan pernah membentangkan testimoninya di hadapan Jawatankuasa Dewan Khas pada tahun 1912 (Harold Koontz & Heinz Weirich). Frederick Taylor memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi masing-masing. Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor, pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan disingkirkan dari sistem kitaran kerja setelah berada dibawah pengawalan dalam jangka masa tertentu . Frederick Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.
Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor dan mendapati teori ini kurang memberikan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt yang terkenal dengan sistem Carta Gantt memberikan penekanan terhadap perincian dalam jadual tugasan dan amat relevan hingga kini bagi membolehkan pengurusan menetapkan sasaran dan tarikh akhir (date-line) bagi setaip tugasan. Henry Gantt turut memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja yang melepasi sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut menekankan kepentingan latihan dala memahirkan kakitangan dalam menjalankan tugas.
Frank & Lillian Gilbreths pula banyak memberikan sumbangan dalam kajian tentang gerakan pengurusan saintifik. Melalui buku tulisan mereka bertajuk ‘The Psychology of Management’ (1912), Lilian telah memberikan penekanan tentang aspek kebajikan pekerja secara individu selain hasil hipotesis atas kajiannya tentang ‘kelesuan dan gerakan kerja’. Frank memberikan tumpuan ke atas kajian yang menjurus kepada teknikl yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kelesuan dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja yang tidak kondusif.
Henry Fayol dianggap sebagai pemikir Teori Pengurusan Moden dan antara karya beliau yang terkenal adalah ‘Administration Industrielle et Generale (1916). Beliau memberikan penekanan kepada fungsi organisasi. Menurutnya fungsi organinasi ini haruslah mantap dan berkemampuan untuk menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif yang ditekankan. Henry Fayol memperkenalkan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam sesebuah organisasi seperti berikut:-
1. Pembahagian Kerja
2. Autoriti & Kewibawaan
3. Disiplin
4. Penyelarasan Arahan
5. Seorang Ketua Bagi Satu Organisasi
6. Mementingkan Kehendak Masyarakat Daripada Kehendak Individu
7. Ganjaran Berbentuk Gaji
8. Pemusatan Kerja/Kuasa
9. Hirarki
10. Kebolehan Sesuai Dengan Tugas
11. Persamaan
12. Kestabilan Kerja
13. Inisiatif @ Daya Usaha
14. Espirit De’ Coup


Rabu, 15 Januari 2014

SOALAN /QUIZ


1. Nyatakan proses pengurusan operasi antarabangsa.
Merujukkepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan transformasi dari pada sebuah firma antarabangsa.Bagi memudahkan pemahaman, rajah di bawah menunjukkan proses pengurusan operasi antarabangsa;


Ø  Ianya  adalah aktiviti yang berkaitan dengan transformasi dari pada sebuah firma antarabangsa.Sesebuah firma mestimenpunyai atau menyediakan latar belakang yang baik bagi untuk ia berkembang dan kemudian menguruskan fungsi operasinya.

Ø  Dari konteks strategic sesebuah firma adalah menjadi persoalan sama ada produk yang seragam fungsinya atau tidak seragam harus dikeluarkan (standardized versus customized production). Kedudukan firma di sepanjang kontinum ini seterusnya membantu menentukan strategi yang sesuai dan taktik untuk bahagian-bahagian proses pengurusan operasi yang lain.

Ø  Ianya juga melibat aktiviti dan proses yang berkaitan dengan pemerolehan sumber yang perlu untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan yang dicadangkan untukdijual.

Ø  KeputusanLokasi - di mana untuk membina kilang-kilang dan lain-lain kemudahan – juga penting. Di samping itu, pengurus operasi antarabangsa bimbang dengan pengurusan logistic dan bahan – pergerakan dalam penggunaan bahan yang cekap, samada di dalam atau keluar dari sesebuah firma.



2.. Apakah 3 faktor utama yang penting dalam pengurusan pengeluaran antarabangsa?

a) Pengurusan rangkaian bekalan:
Merupakansatu set proses danlangkah yang digunakanoleh firma untuk memperoleh sumber-sumber yang diperlukan untuk menghasilkan produknya- sama ada firma membekalkan sumbernya sendiri atau mendapatkan sumber daripada pihak luar.
b) Lokasi:
Firma antarabangsa perlumem pertimbangkan isu-isu sepert ifakto rnegara di mana merekame rancang untuk membina kilang pengeluaran tersebut, faktor produk, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu organisasi.
c) Logistik antarabangsa:
Pengurusan bahan atau sumber-sumber dar ipembekal kepada firma, dalam firma itusendiridandari firma kepada pengguna.

3. Mengapakah pengurusan rantaian bekalan dianggap kritikal dalam pengurusan pengeluar anantarabangsa?
Ini adalah kerana ia akan mempengaruhi kos produk, kualiti produkdan kapital syarikat.

4. Apakahmaksud “isu-isunegara” yang mempengaruhilokasikilangpengeluaranbagisesebuah firma antarabangsa?
“Isu-isunegara” merujukkepada faktor ketersediaan sumber dalam negara yang dipilih, kos yang diperlukan, infrastrukturnegaratersebutdankesanpemasarandarinegara yang dipilihitu. Contohnya, China mempunyaisumbertenaga buruh yang banyakda nmurah dan produkseperti jam tangan yang dihasilkan di Jermandianggaplebihberkualiti dan mempunya inilai pemasaran yang tinggi dibandingkan produk yang dihasilkan di Indonesia atau Pakistan.

5. Berikan 4 ciri-ciriperkhidmatanantarabangsa.

a) Perkhidmatan yang tidak ketara;
b) Perkhidmatan umumnya tidak disimpan (storable);
c) Perkhidmatan sering memerlukan penyertaan pelanggan;
d) Banyak perkhidmatan yang diberikan terikat dengan pembelian produk-produk lain.



6. Apakah yang dimaksudkan dengan mengurus perkhidmatan operasi?
Mengurus perkhidmatan operasi melibatkan beberapa isu-isu asas, termasuk perancangan keupayaan, perancangan lokasi, rekabentukdan susun atur kemudahan dan penjadualan operasi.

7. Jelaskan 3 pendekatan untuk membantu sesebuah firma menjadi lebih produktif?
a) Memberi lebih tumpuan pada kajian dan pembangunan (R&D)
b) Memperbaiki operasi
c) Menggalakkan penglibatan pekerja

8. Jelaskan 4 kompenan  operasi bagi melaksanakan peningkatan kualiti
a) Penglibatan pekerja
b) Bahan yang efektif
c) Teknologi terbaru
d) Bahan dari kualiti yang tinggi

9. Jelaskan maksud ”sistem informasi (maklumat)”
Satu metodologi yang di reka oleh pihak firma dengan tujuan untuk mengumpul,memperolehi dan menyediakan data dalam sesuatu borang atau untuk digunakan oleh pihak pengurus.



CONTOH VIDEO STRATEGI PERNIAGAAN ANTARA BANGSA SYARIKAT TERKEMUKA

Isnin, 6 Januari 2014

OPERASI PERKHIDMATAN ANTARABANGSA

Sektor perkhidmatan yang telah muncul pada tahun-tahun kebelakangan ini telah menjadi bahagian yang semakin penting dalam banyak ekonomi negara, terutama negara-negara maju. Ebagai contoh perniagaan perkhidmatan antarabangsa seperti pengangkutan British Airways dari London ke New Delhi,merupakan sebuah firma yang mengubah sumber ke dalam output tidak ketara yang mencipta utiliti untuk pelanggannya.

CIRI-CIRI PERKHIDMATAN ANTARABANGSA

Perkhidmatan mempunyai beberapa ciri-ciri unik yang memberikan satu cabaran khusus bagi firma-firma yang ingin menjual perkhidmatan di pasaran antarabangsa. Antara ciri-ciri tersebut ialah:-

·         Perkhidmatan Tidak Ketara
Perkhidmatan yang ketaraialahsesuatu yang bolehdipegang, dimanipulasi, digunakan, disimpan, rosak, atau dikembalikan seperti membeli sesebuah produk, manakala perkhidmatan yang tidak ketara merupakan sesuatu yang tidak dapat dipegang dan dilihat sebagai contoh mendapat pengetahuan daripada maklumat yang dicari atau diterima. Menilai-nilai perkhidmatan atau kualiti adalah lebih sukar dan tidak mudah untuk difahami, berbanding menentukan nilai atau kualiti perkhidmatan yang baik.

·         Perkhidmatan Umumnya Tidak  Storable
sering mereka tidak boleh diwujudkan lebih awal daripada masa dan inventori atau disimpan untuk kegunaan masa depan. Panggilan perkhidmatan untuk membaiki mesin basuh yang patah boleh berlaku hanya apabila juruteknik secara fizikal diangkut ke tapak pecah perkakas dan adalah sia-sia jika tidak ada adalah rumah untuk membuka pintu. Kerusi kosong syarikat penerbangan, jadual yang tidak digunakan di restoran dan akhbar tidak terjual semua kehilangan nilai ekonomi mereka sebaik sahaja tingkap yang berkaitan mereka peluang menutup , iaitu, selepas pesawat mengambil kira , dapur restoran ditutup , dan akhbar itu hari berikutnya dicetak. Tahap Hight atau perishability perkhidmatan embuat kapasiti merancang masalah kritikal untuk semua       pembekal perkhidmatan. Perancangan kapasiti memutuskan berapa ramai            pelanggan firma akan dapat untuk berkhidmat pada masa yang diberikan. Kegagalan menyediakan kapasiti yang cukup selalunya bermakna selama-lamanya kehilangan jualan , manakala peruntukan kapasiti terlalu banyak menimbulkan kos firma dan mengurangkan keuntungannya.

·         Perkhidmatan Sering Memerlukan Penyertaan Pelanggan
Perkhidmatan antarabangsa seperti pelancongan tidak boleh berlaku tanpa kehadiran fizikal pelanggan. Kerana penglibatan pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan, pembekal perkhidmatan perlu untuk menyesuaikan produk untuk memenuhi keperluan pembeli.


·         Banyak Perkhidmatan Terikat Kepada Pembelian Produk Lain
Banyak syarikat menawarkan produk dengan menawarkan perkhidmatan operasi, mengekalkan atau membaiki produk yang dikeluarkan dengan menyediakan alat ganti, dan sebagainya. Firma yang menawarkan perkhidmatan yang berkaitan adalah lebih berupaya untuk mengekalkan peralatan yang akan rosak dengan ketara. Selain itu, bukan sahaja ia mesti menawarkan perkhidmatan di ibu pejabat di dalam negara sahaja, tetapi di seluruh dunia sebagai suatu persaing.


PERANAN KERAJAAN DALAM PERKHIDMATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Dimensi penting dalam pasaran perkhidmatan antarabangsa adalah peranan kerajaan. Kebanyakan  kerajaan berusaha untuk melindungi profesional tempatan dan untuk memastikan bahawa standard domestik dan piawaian dapat ditegakkan dengan cara menghadkan keupayaan tenaga asing untuk mengamalkan profesion dalam bidang perundangan, perakaunan mahupun perubatan. Kebanyakan kerajaan di seluruh dunia juga punya syarat dan peraturan bersesuaian negara masing-masing tentang ketetapan seperti syarikat manakah yang dibenarkan untuk memasuki industri perkhidmatan dan kadar-kadar bayaran yang ingin syarikat tersebut tetapkan. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat bank-bank asing dan firma insurans memang dikawal ketat dan tertakluk pula untuk mengikut arahan di dalam negeri masing-masing dan dalam masa yang sama dikawal pula oleh agensi kawal selia persekutuan. Di kebanyakan negara, industri seperti telekomunikasi, pengangkutan, dan firma utiliti biasanya memerlukan kebenaran kerajaan untuk sampai di pasaran individu. Sebagai contoh, laluan syarikat penerbangan di antara Amerika Syarikat dan Australia dikawal dengan perjanjian bilateral di antara kedua-dua buah negara tersebut. Contoh yang lain, Qantas Airlines iaitu syarikat penerbangan utama Australia, dibenarkan menerbangkan penumpang antara Sydney dan San Francisco dan antara Sydney dan Dallas, tetapi ia tidak dibenarkan membawa  penumpang dari San Francisco ke Dallas pula. Dekad yang lalu telah menyaksikan pengurangan dalam peraturan domestik dan antarabangsa dalam kebanyakan industri perkhidmatan. Pengurangan penghadan yang berterusan kepada perdagangan perkhidmatan adalah keutamaan dan keperluan yang tinggi oleh ‘World Trade Organization’. Penstrukturan semula peraturan dan pengurangan halangan dalam berdagang di dalam industri perkhidmatan telah mewujudkan peluang bagi firma-firma dalam industri seperti perbankan dan telekomunikasi dan mendorong mereka secara agressifnya mendapatkan dan meneroka pasaran tempatan dan seterusnya berupaya mengembangkan operasi mereka ke pasaran asing. Perubahan ini juga mencetuskan banyak pakatan strategik, pelaburan merentasi sempadan, dan syarikat-syarikat baru pula mula tumbuh seperti cendawan dari setiap pelusuk dunia.







URUSAN OPERASI PERKHIDMATAN

Pengurusan sebenar operasi perkhidmatan antarabangsa melibatkan beberapa isu-isu asas , termasuk :

Ø  Perancangan kapasiti

Memutuskan berapa ramai pelanggan firma itu akan dapat untuk berkhidmat di satu-satu masa. Kerana penglibatan pelanggan rapat dalam pembelian perkhidmatan , perancangan kapasiti memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Ø  perancangan lokasi

Adalah penting bagi operasi perkhidmatan antarabangsa. Pembekal perkhidmatan mesti berhampiran dengan pelanggan mereka ( pengecualian mungkin pembekal maklumat yang bergantung kepada komunikasi elektronik). Malah, operasi perkhidmatan yang paling antarabangsa melibatkan menubuhkan pejabat cawangan di setiap pasaran asing dan kemudian perjawatan setiap pejabat dengan penduduk tempatan.

Ø  reka bentuk kemudahan dan susun atur

Perlu bagi melambangkan firma ditubuhkan. Firma yang beroperasi di peringkat antarabangsa boleh menyerlahkan identiti asing mereka atau campuran warisan negara asal mereka dengan budaya tempatan.

Ø  Penjadualkan operasi

Ia perlu untuk memenuhi keperluan pelanggan. Sebagai contoh, syarikat-syarikat penerbangan yang mengangkut penumpang dari Amerika Syarikat ke Eropah umumnya berlepas lewat malam . Melakukan ini memberikan penumpang peluang penumpuan kepada menghabiskan hari bekerja sebelum mereka bertolak, dan mereka tiba pada awal pagi hari berikutnya.